Buat julung-julung kalinya, SMK Selirik telah diamanahkan sebagai tuan rumah Perkhemahan KRS dan NGO Bahagian Kapit 2012. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 21 – 24 Februari 2012. Sebanyak 6 buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SMK Selirik, SMK Kapit, SMK Kapit No 2, SMK Balleh, SMK Belaga dan SMK Bakun yang melibatkan peserta seramai 108 orang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah Pecah Bendung, Tali Menali, Asas Pertolongan Cemas, Asas Pandu Arah, Pembinaan Pasukan, Sukaneka, Ceramah Kepimpinan dan Senaman. Peserta-peserta juga bersaing dalam beberapa acara pertandingan iaitu Ikhtiar Hidup/Masakan Ala Rimba, Pandu Arah, Malam Kebudayaan dan Kawad Lintas Hormat. Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Lanyun Anak Lupak, Pegawai Pelajaran Daerah Kapit. Para pelajar telah memberikan komitmen dan persaingan yang sihat sepanjang program berlangsung.
Lihat beberapa keping gambar semasa majlis perasmian penutup. Pada hari ini bersamaan dengan 23 Februari 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan Program Ceramah Bersama PTPL Sarawak bertempat di Bilik Wawasan Selirik Gemilang. Program yang bermula pada 0745 pagi ini melibatkan semua calon SPM dan STPM 2012. Program ini terdiri daripada ceramah yang disasarkan kepada kelompok berbeza iaitu Ceramah 1 dan 2 (Teknik Belajar Berkesan) kepada calon SPM dan Ceramah 3 (Perubahan Sikap) untuk calon STPM. Sekalung penghargaan diucapkan kepada wakil PTPL Sarawak iaitu En. Hansley Tama dan En. Royston. Diharap dengan adanya program ini, calon-calon kita dapat mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan mereka kelak.
Portal ini akan memaparkan berita terkini dan maklumat berkaitan SMK Selirik dari semasa ke semasa. Sebarang komen atau maklum balas boleh melalui e-mail [email protected]. Selamat membaca.
|
AuthorSMK Selirik adalah sebuah sekolah yang terletak di Kapit Sarawak. ArchivesCategories |